• Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

FINE turut tercalon dalam pencalonan awal ABPBH 2010


Gabungan para penasyid lama dan baru telah disenarai pendek dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Pada tahun ini, senarai pendek pencalonan anugerah berprestij yang dianjurkan Berita Harian itu menyaksikan penasyid lama dan baru sama-sama mendapat tempat dalam pencalonan tersebut.

Hijjaz, Raihan dan Rabbani adalah diantara penasyid yang turut sama disenarai pencalonan awal. Apa yang menarik, pencalonan kali ini turut menyenaraikan muka-muka baru dalam industri nasyid seperti Fine, Al-Farabi, R-iF dan beberapa lagi nama.

Anugerah yang menjadi acara tahunan buat akhbar Berita Harian itu diputuskan dengan undian pembaca. Para pembaca boleh mengundi penasyid pilihan mereka melalui borang-borang yang telah disediakan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu.


Berikut disenaraikan calon-calon Anugerah Artis Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010:-

1. Al Farabi
2. Ar-Rasy
3. El-Hikmah
4. Fine
5. Far East
6. Generasi Harapan
7. G-Heart
8. Hijjaz
9. Inteam
10. Iftitah
11. Iq One
12. Miwarna
13. Mel
14. Mawaddah
15. Rabbani
16. Raihan
17. R-iF
18. Syifa
19. Suhaimi
20. Saujana
21. Salleh
22. UNIC

* jom support FINE, maklumat lanjut tentang FINE layari http://www.facebook.com/pages/finefriends-fc/107159122639595

jgn lupa undi dlm BERITA HARIAN @ BERITA MINGGUAN.....
http://www.facebook.com/ABPBH



*sumber:-
- http://munsyeed.com/v1.9/2010/11/penasyid-lama-dan-baru-tercalon-pada-abpbh-2010/
- http://www.facebook.com/note.php?note_id=120503734679993

salam aidiladha


Qurban merupakan satu tuntutan sunat yg wajib kepada org islam yg berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma'il tercinta dalam surat Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku - insya Allah - termasuk orang-orang yang sabar".

" SeLaMaT menyambut HaRi RaYa AidilAdha... utk semua muslim dan muslimat "

Jom meriahkan fanpage artis naungan FME


Sambutan Ulang Tahun Kelahiran aneep & afieq

Seluruh warga kerja FME mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada aneep dan afieq dari kumpulan FINE, aneep yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 23 Oktober ini manakala afieq pula menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada 25 Oktober ini, semoga mereka berdua di murahkan rezeki serta di panjangkan umur dan meneruskan perjuangan dalam bidang nasyid sebagai satu wadah dakwah kepada masyarakat..


Kek yang ditaja oleh Zul and The Messages & Anas...



Afieq & Aneep

Aneep FINE

Afieq FINE

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran mereka telah diadakan di Rfc Shahab Perdana pada 25/10/2010, yang mana di hadiri oleh Pengarah Urusan Fine Music Entertainment iaitu sdr. Mohd Naim Abdullah, serta ahli kumpulan FINE & UNIVOICE, turut memeriahkan majlis Zulhilmi Safain dan Anas...
Thanks for all....

Anas, Zulhilmi Safain & Rahmat UNIVOICE

Persembahan Artis FME





Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin






Hambali FINE ke Mesir....

Ahli FINE
dari kiri : zakuan, hambali dan aneep

FINE bersama Manager
dari kiri : naeim(manager), zakuan, hambali & aneep

FINE & uniVoice bersama Manager
dari kiri : naeim(manager), zakuan fine, ridduan univoice, aneep fine, hambali fine, ameer univoice & rahmat univoice

Pada 24 ogos 2010 yang lalu salah seorang anggota FINE iaitu saudara Hambali telah berlepas dari lapangan terbang Kepala Batas, Kedah untuk melanjutkan pelajar beliau ke Universiti yang tersohor di dunia iaitu Universiti Al-Azhar Mesir....beliau bersama2 8 orang lagi rakan beliau telah berlepas pada jam 3.20 petang dari Kepala Batas ke KLIA....turut mengiringi permergian beliau ke sana ialah ahli keluarga beliau dan seluruh warga kerja Fine Music Entertainment iaitu ahli FINE & uniVoice serta pengurus.....InsyaALLAH beliau akan meneruskan perjuangan di bumi anbiya' di samping meneruskan perjuangan FINE di sana....

Seluruh warga kerja Fine Music Entertainment & FME Team Works mendoakan semoga Saudara Hambali sihat-sihat selalu di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sana...

Perjuangan Belum Selesai....

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Seluruh Warga Kerja FME


Assalamualaikum...
Selamat menyambut bulan ramadhan al-murabak dari kami seluruh warga kerja Fine Music ent. semoga ramadhan tahun nie kita semua mendapat keberkatan dariNYA....dan pada bulan yang mulia nie juga mari kita sama-sama perbanyakkan amalan kita dengan melalukan solat terawih, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya lagi.



RAMADHAN: BULAN MUHASABAH DIRI


Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).


Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.


Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.


Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.


Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.


Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.


Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.


Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.


Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.


Pesona Fana

Lagu & Lirik oleh Abdul Halim Ahmad

Indah pesonanya
memukau mata
tapi sarat dengan muslihat
Cantik luarnya
beseri warna
namum isinya
hitam bernoda

Jarang sekali
yang jujur bicara
tiap kata berselit dusta
Sifat amanah kian menyirna
dimanakah tinggal pesonanya

Jangan dikejar diburu
dunia yang pasti ditinggalkanmu
Jangan diharap ditagih
kekal memiliki semua itu

Janganlah kita alpa
dengan nikmat dunia
Jangan tersesat kita
di jalan yang hina




uniVoice - Pesona Fana


Assalamu'alaikum...

Pada 26 Julai 2010 yang lepas telah selesai sesi rakaman sebuah lagi lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini. Lagu yang berjudul Pesona Fana (ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad) ini dipersembahkan oleh kumpulan uniVoice yang dianggotai seramai 5 orang ahli, dari kiri iaitu Muhammad Amirin Sofi b. Zainal Abidin, 19 tahun, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam) dengan kepujian, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Amir Syakirin b. Nasir, 17 tahun, SMA Jeneri, Kedah Darul Aman, (yang dulu pernah berduet dengan AMAR melalui lagu "Melodi Bersama"), Rahmat Hidayat b. Ahmad Tamizi, 20 tahun, Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mohammad Nur Ridduan b. Halim, 19 tahun, Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) , dan Umar Hafidz b.Rosli, 20 tahun, Diploma Perguruan (Pengajian Islam), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Rakaman yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih ini berjaya disempurnakan walaupun mereka masih dalam kepenatan kerana baru tiba dari Kedah. Lagu Pesona Fana ini menerapkan elemen arabic groove dan isinya mengajak manusia agar jangan ditanam sifat terlalu cintakan dunia yang akhirnya akan membawa kemusnahan. Untuk dengarkan kehebatan vokal dan melodi dalam lagu Pesona Fana ini, jangan lupa nantikan kemunculan album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid, Ogos ini !