• Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

FINE turut tercalon dalam pencalonan awal ABPBH 2010


Gabungan para penasyid lama dan baru telah disenarai pendek dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Pada tahun ini, senarai pendek pencalonan anugerah berprestij yang dianjurkan Berita Harian itu menyaksikan penasyid lama dan baru sama-sama mendapat tempat dalam pencalonan tersebut.

Hijjaz, Raihan dan Rabbani adalah diantara penasyid yang turut sama disenarai pencalonan awal. Apa yang menarik, pencalonan kali ini turut menyenaraikan muka-muka baru dalam industri nasyid seperti Fine, Al-Farabi, R-iF dan beberapa lagi nama.

Anugerah yang menjadi acara tahunan buat akhbar Berita Harian itu diputuskan dengan undian pembaca. Para pembaca boleh mengundi penasyid pilihan mereka melalui borang-borang yang telah disediakan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu.


Berikut disenaraikan calon-calon Anugerah Artis Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010:-

1. Al Farabi
2. Ar-Rasy
3. El-Hikmah
4. Fine
5. Far East
6. Generasi Harapan
7. G-Heart
8. Hijjaz
9. Inteam
10. Iftitah
11. Iq One
12. Miwarna
13. Mel
14. Mawaddah
15. Rabbani
16. Raihan
17. R-iF
18. Syifa
19. Suhaimi
20. Saujana
21. Salleh
22. UNIC

* jom support FINE, maklumat lanjut tentang FINE layari http://www.facebook.com/pages/finefriends-fc/107159122639595

jgn lupa undi dlm BERITA HARIAN @ BERITA MINGGUAN.....
http://www.facebook.com/ABPBH



*sumber:-
- http://munsyeed.com/v1.9/2010/11/penasyid-lama-dan-baru-tercalon-pada-abpbh-2010/
- http://www.facebook.com/note.php?note_id=120503734679993

salam aidiladha


Qurban merupakan satu tuntutan sunat yg wajib kepada org islam yg berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma'il tercinta dalam surat Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku - insya Allah - termasuk orang-orang yang sabar".

" SeLaMaT menyambut HaRi RaYa AidilAdha... utk semua muslim dan muslimat "

Jom meriahkan fanpage artis naungan FME


Sambutan Ulang Tahun Kelahiran aneep & afieq

Seluruh warga kerja FME mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada aneep dan afieq dari kumpulan FINE, aneep yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 23 Oktober ini manakala afieq pula menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada 25 Oktober ini, semoga mereka berdua di murahkan rezeki serta di panjangkan umur dan meneruskan perjuangan dalam bidang nasyid sebagai satu wadah dakwah kepada masyarakat..


Kek yang ditaja oleh Zul and The Messages & Anas...



Afieq & Aneep

Aneep FINE

Afieq FINE

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran mereka telah diadakan di Rfc Shahab Perdana pada 25/10/2010, yang mana di hadiri oleh Pengarah Urusan Fine Music Entertainment iaitu sdr. Mohd Naim Abdullah, serta ahli kumpulan FINE & UNIVOICE, turut memeriahkan majlis Zulhilmi Safain dan Anas...
Thanks for all....

Anas, Zulhilmi Safain & Rahmat UNIVOICE

Persembahan Artis FME





Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin






Hambali FINE ke Mesir....

Ahli FINE
dari kiri : zakuan, hambali dan aneep

FINE bersama Manager
dari kiri : naeim(manager), zakuan, hambali & aneep

FINE & uniVoice bersama Manager
dari kiri : naeim(manager), zakuan fine, ridduan univoice, aneep fine, hambali fine, ameer univoice & rahmat univoice

Pada 24 ogos 2010 yang lalu salah seorang anggota FINE iaitu saudara Hambali telah berlepas dari lapangan terbang Kepala Batas, Kedah untuk melanjutkan pelajar beliau ke Universiti yang tersohor di dunia iaitu Universiti Al-Azhar Mesir....beliau bersama2 8 orang lagi rakan beliau telah berlepas pada jam 3.20 petang dari Kepala Batas ke KLIA....turut mengiringi permergian beliau ke sana ialah ahli keluarga beliau dan seluruh warga kerja Fine Music Entertainment iaitu ahli FINE & uniVoice serta pengurus.....InsyaALLAH beliau akan meneruskan perjuangan di bumi anbiya' di samping meneruskan perjuangan FINE di sana....

Seluruh warga kerja Fine Music Entertainment & FME Team Works mendoakan semoga Saudara Hambali sihat-sihat selalu di sana dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sana...

Perjuangan Belum Selesai....

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Seluruh Warga Kerja FME


Assalamualaikum...
Selamat menyambut bulan ramadhan al-murabak dari kami seluruh warga kerja Fine Music ent. semoga ramadhan tahun nie kita semua mendapat keberkatan dariNYA....dan pada bulan yang mulia nie juga mari kita sama-sama perbanyakkan amalan kita dengan melalukan solat terawih, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya lagi.



RAMADHAN: BULAN MUHASABAH DIRI


Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).


Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.


Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.


Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.


Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.


Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.


Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.


Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.


Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.


Pesona Fana

Lagu & Lirik oleh Abdul Halim Ahmad

Indah pesonanya
memukau mata
tapi sarat dengan muslihat
Cantik luarnya
beseri warna
namum isinya
hitam bernoda

Jarang sekali
yang jujur bicara
tiap kata berselit dusta
Sifat amanah kian menyirna
dimanakah tinggal pesonanya

Jangan dikejar diburu
dunia yang pasti ditinggalkanmu
Jangan diharap ditagih
kekal memiliki semua itu

Janganlah kita alpa
dengan nikmat dunia
Jangan tersesat kita
di jalan yang hina




uniVoice - Pesona Fana


Assalamu'alaikum...

Pada 26 Julai 2010 yang lepas telah selesai sesi rakaman sebuah lagi lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini. Lagu yang berjudul Pesona Fana (ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad) ini dipersembahkan oleh kumpulan uniVoice yang dianggotai seramai 5 orang ahli, dari kiri iaitu Muhammad Amirin Sofi b. Zainal Abidin, 19 tahun, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam) dengan kepujian, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Amir Syakirin b. Nasir, 17 tahun, SMA Jeneri, Kedah Darul Aman, (yang dulu pernah berduet dengan AMAR melalui lagu "Melodi Bersama"), Rahmat Hidayat b. Ahmad Tamizi, 20 tahun, Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mohammad Nur Ridduan b. Halim, 19 tahun, Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) , dan Umar Hafidz b.Rosli, 20 tahun, Diploma Perguruan (Pengajian Islam), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Rakaman yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih ini berjaya disempurnakan walaupun mereka masih dalam kepenatan kerana baru tiba dari Kedah. Lagu Pesona Fana ini menerapkan elemen arabic groove dan isinya mengajak manusia agar jangan ditanam sifat terlalu cintakan dunia yang akhirnya akan membawa kemusnahan. Untuk dengarkan kehebatan vokal dan melodi dalam lagu Pesona Fana ini, jangan lupa nantikan kemunculan album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid, Ogos ini !



Preview Kau Teman - FINE featuring Halim (Devotees)

Perkembangan Pembikinan Album FINE-Motivasi Untuk Semua

Assalamualaikum semua......

Disini kami di pihak pengerusan Fine Music Entertainment ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang menantikan album FINE-Motivasi Untuk Semua yang sepatutnya berada di pasaran pada bln JUN ini, buat pengetahuan semua, fine baru sahaja selesai proses mixing dan mastering, sekarang album fine dalam proses cetakan CD dan cover album, insyaallah doakan supaya album dapat diterbitkan pada awal bulan JULAI ini......nantikan produk sulung Fine Music Entertainment.....FINE - MOTIVASI UNTUK SEMUA...



Dapatkan Yang Original.....

Koleksi Nasyeed Indie Vol.2 Semesta Bertahmid

Nantikan kemunculan album nasyeed indie vol.2 semesta bertahmid OGOS ini, juga terdapat dua group naugan Fine Music Entertainment iaitu FINE & uniVoice......





Terdapat banyak lagi artis-artis nasyid indie dengan lagu yang pasti menyentuh jiwa seperti:



1) FEELHONEY (kumpulan)
Lagu : Curang

2) RAHMAT (solo)
Lagu : Isteri Buatku

3) CHE AN (solo)
Lagu : Bahtera Persahabatan

4) R IF (kumpulan)
Lagu : Serang Balas

5) ZULHILMI & THE MESSAGES (solo)
Lagu : Bila Singgah

6) ELHAM'Z (duo)
Lagu : Cerita Cinta

7) FINE (kumpulan)
Lagu : Baru Kenal Cinta

8) READONE (kumpulan)
Lagu : Ratu Hatiku

9) NURFANTZ (kumpulan)
Lagu : Dengarkan Sahabat

10) HALIM (solo)
Lagu : Nilaian Sebuah Tangisan

11) UNIVOICE (kumpulan)
Lagu : Pesona Fana

12) RXEME (solo)
Lagu : Di Pangkuan CintaMu

Antara keistimewaan dari segi lagu2 yang terdapat dalam album ini ialah variasi genre yang dipersembahkan. Album ini mengandungi 12 buah lagu di mana kita akan dapat merasakan keunikan setiap lagu kerana di dalamnya kita akan dapat dengar lagu yang ala2 OST indonesia (Curang by Feelhoney), akustik (Isteri Buatku by Rahmat), dance (Baru Kenal Cinta by Fine), ala2 boy band (Ratu Hatiku by ReadOne), joget (Pesona Fana by Univoice), fun (Bila Singgah by Zulhilmi), dan banyak lagi.

Perkembangan Pembikinan Album FINE

Assalamualaikum......

Terlebih dahulu kami di pihak FME memohon sejuta kemaafan kepada penyokong-penyokong kerana agak lama tidak men'update blog ini....disebabkan kesibukan dan demam peperiksaan yang sedang melanda sekarang jadi blog ini tidak dapat diselenggara dari masa ke semasa...untuk pengetahuan semua, album fine kini sudah sampai peringkat terakhir iaitu proses mixing dan mastering dan seterusnya untuk cetakan cd....jadi kepada penyokong-penyokong diharapkan bersabar kerana kelewatan dari pihak kami untuk mengeluarkan album ini...insyallah jika tidak ada arah rintangan dijangkakan awal jun ini album fine akan berada di pasaran....nantikan produk sulung F.M.E FINE-MOTIVASI UNTUK SEMUA yang akan menampil 5 lagu seperti Di Sini, Melakar Cita, Kau Teman featuring Halim (Devotees), Kuharap Cinta Mu dan Sayang Ibu featuring Zul and The Mesagges...dapatkan yang original di pasaran nanti...Nantikan JUN ini !!

Single Terbaru Univoice

BUATMU

Bertahun lama engkau tinggalkan
Diriku keseorangan
Di saat ku masih perlukanmu
Ku pasrah ke atas kehendaknya
Kerana Tuhan lebih menyanyangi dirimu….

Biarpun engkau pergi dulu
Tanpa sempat menatap wajahku
Namun tidak pernah ku lupai
Segala jasa dan pengorbananmu…

Tidak akan aku lupakan
Segala pesanan darimu
Agar aku menjadi insan berguna
Di suatu masa nanti….

Ku terus kirimkan
Doaku buatmu disana
Semoga engkau dicucuri
Dan dirahmati
Ya Rabbi….


LAGU : AMIREEN (Fine Music Entertainment)
LIRIK : NAEIM (Fine Music Entertainment)

FINE & UNIVOICE akan join album nasyid indie vol.2 semesta bertahmid






Album Nasyeed Semesta Bertahmid merupakan sebuah karya unggul terbitan Neurotic Studio di bawah Koleksi Nasyid Indie yang merupakan album susulan hasil dari kejayaan menghasilkan album Nasyeed Underground (2009).Kemunculan album Koleksi Nasyid Indie merupakan satu usaha dalam memartabatkan karya-karya penasyid independent supaya seiring dengan kemunculan penghibur- penghibur indie muzik selain nasyid. Album ini menghimpunkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan nasyid independent Malaysia di mana kesemua lagu di dalam album ini merupakan lagu baru dan masih belum terdapat dalam mana-mana album. Bakal diterbitkan pada Ogos 2010.

Antara artis yang terlibat dalam album Nasyid Indie Vol.2 Semesta Bertahmid:

Senarai Penasyid Indie Vol. 2

1) FEELHONEY (kumpulan)
Lagu : Curang
Blog : feelhoney.blogspot.com

2) RAHMAT (solo)
Lagu : Isteri Buatku
Blog : rahmathmn.com/blog

3) CHE AN (solo)
Lagu : Bahtera Persahabatan
Blog : chean2885-dusuki.blogspot.com

4) R IF (kumpulan)
Lagu : Serang Balas
Blog : tentangaku.com/r-if

5) ZULHILMI & THE MESSAGES (solo)
Lagu : Bila Singgah
Blog : zulhilmisafain.blogspot.com

6) ELHAM'Z (duo)
Lagu : Cerita Cinta
Blog : el-hamz.blogspot.com

7) FINE (kumpulan)
Lagu : Baru Kenal Cinta
Blog : fmemusic.blogspot.com

8) READONE (kumpulan)
Lagu : Ratu Hatiku

9) NURFANTZ (kumpulan)
Lagu : Dengarkan Sahabat

10) HALIM (s0lo)
Lagu : Nilaian Sebuah Tangisan
Blog : abdhalim-ahmad.blogspot.com

11) UNIVOICE (kumpulan)
Lagu : Pesona Fana
Blog : fmemusic.blogspot.com

12) RXEME
Lagu : Di Pangkuan CintaMu

Baru Kenal Cinta - FINE

Artist : FINE
composed & written by ABD HALIM BIN AHMAD
o.c & o.p NEUROTIC STUDIO

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa sempurna
yang pahit jadi manis
yang sakit jadi bertenaga

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa begitu sempurna
yang pahit akn jadi manis
yang sakit terus bertenaga

Lagu yang akan dimuatkan dalam album nasyid indie vol.2 semesta bertahmid....

Lirik Album FINE - Motivasi Untuk Semua

DISINI

Di sini tempat bermula
aku mencari ilmu yang berguna
Dan disini lah tempat bermula
semangat jua tuk mencari ilmu

Dan disini tempatku bermula
Tempat ku mengejar impian yang satu
Dan di sini ku temui cinta
Yang tulus dan suci yang kekal selamanya

Dan aku terus langkahku
Agar impian kan menjadi nyata
Biar rintangan yang kan mendatang
Ku tempuhinya semangat membara


Lagu : aneep ( Fine Music Entertainment )
Lirik : aneep & naeim ( Fine Music Entertainment )


MELAKAR CITA

Bermula detik fitrah insani
Inginkan segalanya di dalam impian
Terbinanya harapan tersemat di hati
Dalam mengejar cita dan harapan

Onak duri ditempuhi jua
Untuk menggapai bebintang yang indah berkelipan
Kata guru menjadi pedoman
Tiap ungkapan bagai sufi yang mengembara

Tercipta kejayaan terungkai lah impian
Tersingkap segalanya yang tersimpan di hati
Tangisan kejayaan yang penuh pegertian
Tak bisa ku ungkapkan walau secebis Cuma
Nikmat illahi

CahayaMu tuhan dek lautan membiru
Ditimba tak luak walaupun selamanya
Sokongan dorongan menjadi azimat diri
Untuk melakar hidup yang bahagia

Ayah ibu redhailah diri ini
Guru-guru restuilah perjalanan kami
Ya Allah rahmatilah kami
Agar tak tersimpang dari haluannya


Lagu : arefieq ( Fine Music Entertainment )
Lirik : arefieq ( Fine Music Entertainment )


KAU TEMAN ( featuring Halim DEVOTEES )

Semalam aku kegelapan
Dipenuhi dengan kegagalan
Ku hanyut dalam kelekaan
Diselubungi dengan kealpaan
Itulah diriku

Dan kau hadir dalam hidupku
Di saat ku memerlukan dirimu
Kau merubah segala-galanya
Kearah kehidupan yang bermakna
Dikaulah temanku

Kaulah temanku sentiasa menemaniku
Tika ku duka tika ku bahagia
Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku berjaya
Kaulah temanku…

Segala pengorbananmu
Akanku balasnya dengan kejayaanku
Moga kau bahagia di samping redhaNya
Akan ku doakan agar kau bahagia selamanya

Kaulah temanku kau penyeri hidupku
Kau warnaiku hinggaku Berjaya


Lagu : aneep ( Fine Music Entertainment )
Lirik : aneep ( Fine Music Entertainment )


SAYANG IBU ( featuring ZUL AND THE MESSAGES )

Kau ibu yang ku sayangi
Yang amat ku cintai
Kau lah satu di hati ini
Kau lah ratu di hatiku
Sentiasa menemaniku
Tika ku duka dan tika ku bahgia

Kau permata di hati ku
Sungguh murni pengorbananmu
Kau ibu yang ku sayangi
Kau emas di pandanganku
Menyuluh kehidupanku
Kau ibu yang amat ku cintai
Kau ibu……

Lagu : aneep ( Fine Music Entertainment )
Lirik : aneep ( Fine Music Entertainment )


KU HARAP CINTAMU


Sukarku ungkap
perjalanan hidupku
Apakah dosa yang lalu
bisa ku luluh

terusku menantimu
ditirai keampunan
masihkah ada lagi
secebis rahmatmu tuhan

ku tangis mengalir air mata ini
apakah bisa ku lenyapkan
titik hitam yang lalu

Oh tuhan kurniakanlah
Maghfirah darimu
Oh tuhan terimalah
sujud taubat dariku
Oh tuhan ampunkanlah dosa-dosaku
Agar bisaku merasai hebat cintamu

Cinta yang abadi cinta yang tulus suci.
Cinta yang sejati hadir dari ilahi
Merintih jiwa ini mengharap kepastian hati
Terbangkanlah aku ke cintaMu ya Allah..

Aku rela terima ketentuan dariMu
Agar bisa meraih cinta darimu.

Oh Rahmatmu seluas langit tak bertepi
Namun dosaku bagai pepasir di pantai
Apa kan terampun segala khilafku yang silam
Oh tuhan pimpin daku jalan menuju redho Mu

Aku rela terima ketentuan dariMu
Agar bisa meraih cinta darimu.



Lagu : arefieq (Fine Music Entertainment )
Lirik : arefieq ( Fine Music Entertainment )

Lagu baru FINE : Baru Kenal Cinta



Assalamu'alaikum, alhamdulillah..

Pada 5hb Mac 2010 yg lepas, group seterusnya iaitu Fine telahpun selesai merakamkan lagu yg bakal menjadi taruhan mereka di dalam album koleksi nasyid indie vol 2 ini. Lagu yang berjudul Baru Kenal Cinta ini hasil ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio) dan menampilkan genre techno & dance.

Membawakan sebuah lagu yang sangat catchy dan segar, Fine terdiri daripada (Shafiq, Hanif, Hambali, dan Zakuan) masing2 merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, (kecuali Hambali yg merupakan lepasan STAM).

Keseluruhan proses rakaman hanya mengambil masa 3 jam sahaja.

copy by koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Semester Bertahmid

Fine Smart Motivation Consultant akan mengadakan Bengkel Towards 3 Pointer



Sertailah Bengkel Towards 3 Pointer untuk meningkatkan lagi pointer pada peperiksaan akhir semester ini....terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS...ada slot-slot menarik yang akan di sampaikan oleh Motivator yang berpengalaman seperti Ustaz Nabil Bin Ahmad, Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Hj. Ibrahim, Ustaz Fathur Rahman Bin Haroon dan ramai lagi...jangan lepaskan peluang keemasan ini...daftarlah segera...untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Amirin Sofi Bin Zainol Abidin 013-4172162 atau Noor Hafizah Bt. Othman 019-4481821...

Produk sulung FME



FINE akan tampil dengan album pertama mereka...

Album yang di nanti-nantikan akan muncul tidak lama lagi, setelah sekian lama perancangan untuk mengeluarkan album sendiri, akhirnya dengan kesabaran dan kegigihan antara ahli FINE,album pertama mereka akhirnya akan berada di pasaran pada awal bulan April ini. FINE dianggotai oleh 4 anak muda iaitu Hambali, Afieq, Zakuan dan Aneep..Album pertama dari Fine ini bertema Motivasi Untuk Semua,lagu dan muzik yang berkonsepkan elimen kontemporari, moden, pop dan R&B yang mana bersesuaian dengan peredaran masa sekarang disamping message-message dakwah yang diterapkan dalam lirik yang pasti meneyentuh para pendengar. Terbitan dan Edaran album ini oleh syarikat mereka sendiri iaitu Fine Music Entertainment. Album ini akan memuatkan 5 lagu seperti:

1.DISINI
Lagu : Aneep (Fine Music Entertainment)
Lirik : Aneep & Naeim (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)

2.MELAKAR CITA
Lagu : Arefieq (Fine Music Entertainment)
Lirik : Arefieq (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)

3.KAU TEMAN
Lagu : Aneep (Fine Music Entertainment)
Lirik : Aneep (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Harun Ahmad (HH Studio)
Penerbit : Abdul Halim Ahmad (Neurotic Studio)

4.SAYANG IBU feat Zul And THE MESSAGES
Lagu : Aneep (Fine Music Entertainment)
Lirik : Aneep (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Zulhilmi Safain (The Messages Entertainment)

5.KU HARAP CINTAMU
Lagu : Arefieq (Fine Music Entertainment)
Lirik : Arefieq (Fine Music Entertainment)
Susunan Muzik : Faiz Hamzah (Soulart Studio)
Penerbit : Faiz Hamzah (Soulart Studio)


Dapatkan di pasaran nanti, pastikan yang original baru beli,Selamatkan Industri Nasyid Tanah Air.

FINE Sebagai Duta Kelab Pembimbing Rakan Siswa Insaniah



Kelab Pembimbing Rakan Siswa Insaniah (KPRS) merupakan salah satu kelab yang terdapat di dalam Kolej Universiti Insaniah, Kelab ini merupakan kelab di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej Universiti Insaniah. Kumpulan FINE telah di pilih untuk menjadi DUTA kepada kelab ini. Selain itu KPRS juga turut berkerjasama dalam menjayakan program mereka dengan berkerjasama dengan Fine Smart Motivation Consultant. Sebab pemilihan FINE sebagai DUTA kelab mereka adalah kerana FINE akan menerbitkan album pertama yang bertemakan Motivasi Untuk Semua, ini bersesuai dengan KPRS yang lebih menekankan tentang aspek motivasi di samping memberi bimbingan kepada mahasiswa.

NAMA SYARIKAT :
FINE MUSIC ENTERTAINMENT (RA0017718-X)
LOKASI :
No. 481 Taman Seri Impian Mergong,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

FINE MUSIC ENTERTAINMENT (RA0017718-X) telah didaftarkan secara rasmi pada 23 November 2009. Ia merupakan sebuah syarikat yang di tubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1956 dan beroperasi di alamat No. 481 Taman Seri Impian Mergong, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

FINE MUSIC ENTERTAINMENT bermula dengan pelbagai jenis perkhidmatan pengurusan seperti Pengurusan Artis, Penerbitan Album dan Pengedaran Album. Disamping itu juga, FINE MUSIC ENTERTAINMENT mempunyai bahagian-bahagian tersendiri untuk menampakan pengurusan yang lebih sistematik. Antaranya ialah:-

FINE STUDIO yang memain peranan untuk Penciptaan Lagu, Penghasilan Lirik, dan Music Arrangement. Untuk masa akan datang Fine Studio akan menjadi sebuah studio recording.

FINE SMART MOTIVATION CONSULTANT yang memain peranan sebagai perunding motivasi disamping menjalan bengkel, seminar dan kem.

FINE COLLECTION pula akan mengeluarkan produk-produk seperti t-shirt, penanda buku, alat tulis dan sebagainya lagi di atas label FINE COLLECTION.

FINE CREATIVE pula akan menumpukan kepada grafik, design dan multimedia seperti konsep kulit album, iklan, banner, dan sebagainya. Fine Creative juga memain peranan untuk video editing dan persembahan slide.

FINEFRIENDS FC yang bertujuan untuk mengeratkan lagi peminat-peminat dengan artis dibawah naungan FME.

FINE MUSIC ENTERTAINMENT kini dalam perancangan jangka panjang untuk melebarkan skop perniagaan dengan menceburkan diri dalam Nursery dan Kelas Bimbingan Agama.

MISI & VISI

FINE MUSIC ENTERTAINMENT bertekad untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Islamik yang terbaik dan juga sebagai perunding profesional serta pengendali latihan utama yang diiktiraf. Berazam menjadi salah satu syarikat penerbitan lagu-lagu nasyid yang dapat melahirkan lebih ramai pendakwah dalam mewujudkan generasi yang ampuh dan mampu membawa cabaran di masa hadapan.

OBJEKTIF SYARIKAT
1. Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
2. Membantu merealisasikan pembangunan modal insan dalam negara.
3. Meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair disamping melebarkan lagi misi dakwah Islamiah ke peringkat yang lebih luas dan global
4. Memupuk minat para belia terhadap hiburan mendidik jiwa.
5. Menjadi pemangkin pengeluar barangan berteraskan Islam mengetuai belia-belia Islam dunia.


MOTO
MESSAGE TO OUR LIFE