NAMA SYARIKAT :
FINE MUSIC ENTERTAINMENT (RA0017718-X)
LOKASI :
No. 481 Taman Seri Impian Mergong,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

FINE MUSIC ENTERTAINMENT (RA0017718-X) telah didaftarkan secara rasmi pada 23 November 2009. Ia merupakan sebuah syarikat yang di tubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1956 dan beroperasi di alamat No. 481 Taman Seri Impian Mergong, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

FINE MUSIC ENTERTAINMENT bermula dengan pelbagai jenis perkhidmatan pengurusan seperti Pengurusan Artis, Penerbitan Album dan Pengedaran Album. Disamping itu juga, FINE MUSIC ENTERTAINMENT mempunyai bahagian-bahagian tersendiri untuk menampakan pengurusan yang lebih sistematik. Antaranya ialah:-

FINE STUDIO yang memain peranan untuk Penciptaan Lagu, Penghasilan Lirik, dan Music Arrangement. Untuk masa akan datang Fine Studio akan menjadi sebuah studio recording.

FINE SMART MOTIVATION CONSULTANT yang memain peranan sebagai perunding motivasi disamping menjalan bengkel, seminar dan kem.

FINE COLLECTION pula akan mengeluarkan produk-produk seperti t-shirt, penanda buku, alat tulis dan sebagainya lagi di atas label FINE COLLECTION.

FINE CREATIVE pula akan menumpukan kepada grafik, design dan multimedia seperti konsep kulit album, iklan, banner, dan sebagainya. Fine Creative juga memain peranan untuk video editing dan persembahan slide.

FINEFRIENDS FC yang bertujuan untuk mengeratkan lagi peminat-peminat dengan artis dibawah naungan FME.

FINE MUSIC ENTERTAINMENT kini dalam perancangan jangka panjang untuk melebarkan skop perniagaan dengan menceburkan diri dalam Nursery dan Kelas Bimbingan Agama.

MISI & VISI

FINE MUSIC ENTERTAINMENT bertekad untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Islamik yang terbaik dan juga sebagai perunding profesional serta pengendali latihan utama yang diiktiraf. Berazam menjadi salah satu syarikat penerbitan lagu-lagu nasyid yang dapat melahirkan lebih ramai pendakwah dalam mewujudkan generasi yang ampuh dan mampu membawa cabaran di masa hadapan.

OBJEKTIF SYARIKAT
1. Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
2. Membantu merealisasikan pembangunan modal insan dalam negara.
3. Meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair disamping melebarkan lagi misi dakwah Islamiah ke peringkat yang lebih luas dan global
4. Memupuk minat para belia terhadap hiburan mendidik jiwa.
5. Menjadi pemangkin pengeluar barangan berteraskan Islam mengetuai belia-belia Islam dunia.


MOTO
MESSAGE TO OUR LIFE

0 comments:

Post a Comment