• Blockquote

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

Pesona Fana

Lagu & Lirik oleh Abdul Halim Ahmad

Indah pesonanya
memukau mata
tapi sarat dengan muslihat
Cantik luarnya
beseri warna
namum isinya
hitam bernoda

Jarang sekali
yang jujur bicara
tiap kata berselit dusta
Sifat amanah kian menyirna
dimanakah tinggal pesonanya

Jangan dikejar diburu
dunia yang pasti ditinggalkanmu
Jangan diharap ditagih
kekal memiliki semua itu

Janganlah kita alpa
dengan nikmat dunia
Jangan tersesat kita
di jalan yang hina

uniVoice - Pesona Fana

Assalamu'alaikum...

Pada 26 Julai 2010 yang lepas telah selesai sesi rakaman sebuah lagi lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid ini. Lagu yang berjudul Pesona Fana (ciptaan sepenuhnya Abd Halim Ahmad) ini dipersembahkan oleh kumpulan uniVoice yang dianggotai seramai 5 orang ahli, dari kiri iaitu Muhammad Amirin Sofi b. Zainal Abidin, 19 tahun, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam) dengan kepujian, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Amir Syakirin b. Nasir, 17 tahun, SMA Jeneri, Kedah Darul Aman, (yang dulu pernah berduet dengan AMAR melalui lagu "Melodi Bersama"), Rahmat Hidayat b. Ahmad Tamizi, 20 tahun, Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mohammad Nur Ridduan b. Halim, 19 tahun, Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) , dan Umar Hafidz b.Rosli, 20 tahun, Diploma Perguruan (Pengajian Islam), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Rakaman yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih ini berjaya disempurnakan walaupun mereka masih dalam kepenatan kerana baru tiba dari Kedah. Lagu Pesona Fana ini menerapkan elemen arabic groove dan isinya mengajak manusia agar jangan ditanam sifat terlalu cintakan dunia yang akhirnya akan membawa kemusnahan. Untuk dengarkan kehebatan vokal dan melodi dalam lagu Pesona Fana ini, jangan lupa nantikan kemunculan album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid, Ogos ini !